Thursday, May 14, 2009

Ahmad Shabery digesa tingkatkan imej belia

Ahmad Shabery digesa tingkatkan imej belia

CHUKAI - Pelantikan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek diharap mampu membuat perubahan dari segi potensi belia, perkembangan mutu sukan serta membangunkan minda golongan muda di daerah ini.

Sinar Harian sendiri banyak menerima ucapan tahniah daripada masyarakat di sini sama ada daripada agensi awam dan swasta mahupun orang perseorangan sempena pelantikan berkenaan.

Masyarakat di sini berasa bangga dengan pelantikan itu dan ia dilihat mampu mengubah sikap golongan belia di daerah ini.

Pengerusi Geng Terengganu kawasan Kemaman, Zubaidah Sulaiman, 43, berkata, usaha memantapkan jati diri golongan belia dengan sahsiah terpuji mampu dilakukan dengan berkesan khususnya melalui pelantikan Ahmad Shabery sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru.

“Pelantikan itu tepat pada masanya kerana belia di sini perlukan perubahan dan saya percaya beliau mampu melakukannya,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian.

Menurut Zubaidah, persatuan belia di daerah ini wajar mengambil peluang meningkatkan imej persatuan supaya lebih banyak aktiviti bermanfaat dianjurkan untuk golongan belia.

“Secara peribadi saya sudah lama mengenali beliau, iaitu sejak beliau dilantik sebagai Ahli Parlimen Kemaman dan Menteri Penerangan.

“Saya perhatikan beliau bersikap terbuka dengan golongan belia sejak dahulu lagi,” katanya.

Pengerusi Persatuan Seni Silat Seri Bandi, Shamsudin Hussin, 50, pula mengharapkan beliau mampu memartabatkan imej sukan silat hingga ke tahap antarabangsa.

“Saya merasakan sudah sampai masanya imej sukan silat diubah dan dikomersialkan.

“Sebagai salah satu sukan lasak, imej sukan ini mampu menarik lebih ramai golongan belia untuk menyertainya,” katanya.

Menurut Shamsudin, beliau mampu menjulang sukan silat demi menaikkan imej golongan belia di daerah ini.

“Kita tidak perlu mengagung-agungkan sukan kungfu, tekwando atau karate kerana ia hanya mendaulatkan orang luar.

“Saya percaya beliau mampu mengubah senario ini demi masa depan lebih baik bagi golongan di sini,” katanya.

Kesal remaja pandang remeh soal pakaian

KUALA TERENGGANU - Orang ramai di bandar raya ini kesal dengan tindakan penyanyi dikir barat remaja, Nor Maziah Maznah Mazlan, 16, atau Erma Cili Padi memakai baju menggunakan lambang salib seperti mana disiarkan dalam ruangan Seni@ Terengganu, akhbar Sinar Harian, kelmarin.

Orang ramai beranggapan segelintir golongan remaja Islam pada hari ini terlalu bebas dalam memilih pakaian sehingga sanggup membelakangkan perkara yang boleh mencetuskan sensitiviti agama dan adab kesopanan.

Seorang kakitangan kerajaan, Ahmad Zamri Sulung, 50, berkata, remaja hari ini dilihat terlalu memandang remeh soal pemakaian terutama dari segi pemilihan.

“Saya lihat segelintir remaja kita pada hari ini lebih mementingkan pakaian yang glamor dan ‘up to date’ semata-mata ingin mengikut perkembangan fesyen masa kini. Mereka langsung tidak memikirkan kesan daripada sikap itu.

“Selain itu, pengetahuan agama yang terlalu cetek menyebabkan remaja hari ini terpesong. Mereka tidak tahu menilai yang mana baik dan buruk. Apa yang penting bagi mereka adalah cantik dan bergaya.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menghadapi permasalahan sebegini. Mereka seharusnya tidak terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak dalam soal pemilihan pakaian kerana ia menyebabkan ramai anak-anak kita terpesong bukan hanya dari segi akhlak malah akidah,” katanya kepada Sinar Harian.

Pegawai kerajaan, Norma Md Nor, 46, berkata, remaja terutama mereka yang beragama Islam seharusnya memakai pakaian mengikut etika pemakaian yang melambangkan seorang Muslim dan penuh dengan adat ketimuran.

“Segelintir remaja hari ini terutama mereka yang terlibat dalam bidang seni seperti penyanyi dan pelakon lebih gemar memilih pakaian yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Sebenarnya tidak salah untuk memakai pakaian yang agak glamor cuma biarlah ia beradab dan sopan supaya menampakkan ciri-ciri anak timur.

“Saya lihat remaja kita terlalu mudah membuat keputusan memilih pakaian. Mereka tidak meneliti jenis pakaian yang dibeli dan gambar yang ada pada pakaian tersebut menyebabkan ada yang ‘terpakai’ pakaian yang menyentuh sensitiviti agama. Mungkin mereka tidak perasaan dengan semua itu tetapi seharusnya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengambil mudah dalam hal sebegini kerana ia melibatkan isu agama dan akidah individu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Generasi Melayu Terengganu, Husin Mohd Noor, 43, berkata, faktor pergaulan bebas golongan remaja pada hari ini menyebabkan mereka mudah terdedah dengan anasir tidak sihat terutama dari aspek pemakaian.

Wednesday, May 13, 2009

Pakaian lambang salib

Pakaian lambang salib

KUALA TERENGGANU - Tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penyanyi remaja dikir barat, Nor Maziah Maznah Mazlan, 16, atau Erma yang berpakaian menggunakan simbol salib ketika mengadakan persembahan di Manir, sebagai menghina Islam.

Gambar penyanyi remaja berkenaan yang dirakamkan selepas persembahan dan disiarkan menerusi ruangan Seni@Terengganu, semalam turut menimbulkan kecaman pembaca akhbar Sinar Harian.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail ketika diminta mengulas perkara itu berkata, tindakan remaja berkenaan yang memakai pakaian terpampang lambang salib, menunjukkan dia mengagung-agungkan agama Kristian, sedangkan dia adalah remaja Islam.

Menurut Shaikh Harun, perkara itu berlaku mungkin disebabkan cetek ilmu agama menyebabkan remaja pada masa kini tidak segan silu memakai pakaian yang mempunyai simbol atau tulisan tidak difahami, sedangkan perbuatan itu boleh menghina agama atau mengaibkan diri sendiri.

“Apa yang kita lihat pada masa kini, terlalu ramai remaja gemar memakai baju yang mempunyai simbol tidak difahami, seolah-olah ia seperti menjadi ‘trend’ kepada golongan berkenaan.

“Perkara ini amat membimbangkan kerana remaja Melayu terlalu mudah dipengaruhi gaya Barat, justeru, kita perlu bendung segera kerana perkara negatif seperti ini kini semakin mempengaruhi remaja secara psikologi,” katanya.

Shaikh Harun berharap ibu bapa harus mengambil berat dan memantau pakaian yang menjadi kegemaran anak tanpa mempercayai mereka seratus peratus.

“Selain itu, pemilihan kawan amat penting kerana kawan adalah orang yang dapat mempengaruhi kita, oleh itu, remaja dinasihatkan supaya memilih kawan yang mempunyai ilmu dan akhlak terpuji.

“Kita tidak mahu, remaja terus hanyut dan terpengaruh dengan budaya Barat, sedangkan mereka akan menjadi pemimpin negara satu hari nanti,” katanya.

Imam Masjid Ladang, Kuala Terengganu, Mohd Faiz Azmi Abdul Kadir pula berharap, semua pihak perlu memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah berkenaan berikutan terdapat pelbagai gaya menjadi kesukaan remaja ketika ini.

Kanak-kanak 9 tahun jadi mangsa rogol buruh Indonesia

Kanak-kanak 9 tahun jadi mangsa rogol buruh Indonesia

BESUT – Seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun yang sedang dalam perjalanan pulang dari kedai, menjadi mangsa rogol seorang lelaki Indonesia di Jertih, di sini.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 malam itu, mangsa dipercayai dirogol suspek berumur 24 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum kejadian, mangsa diminta ibunya pergi ke kedai tidak jauh dari rumahnya untuk membeli lampin pakai buang adiknya.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang dari kedai itu, mangsa melalui rumah sewa pekerja yang didiami suspek, sebelum lelaki terbabit bertindak menarik tangan mangsa ke dalam rumah lalu merogol mangsa.

“Rumah sewa suspek terletak di antara rumah mangsa dengan kedai berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Kamaruddin, kejadian itu disedari ibu mangsa apabila kanak-kanak perempuan itu pulang ke rumah dalam keadaan menangis.

Beliau berkata, melihat keadaan itu ibu mangsa kemudian bertanya anaknya apa yang berlaku, sebelum kanak-kanak itu memaklumkan dia telah dirogol seorang lelaki Indonesia.

“Ibu mangsa memaklumkan kejadian itu kepada suaminya, sebelum membuat laporan di Balai Polis Jertih,” katanya.

Berikutan kejadian itu, polis menahan suspek yang mempunyai pas kerja yang sah pada hari sama di rumahnya dan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut sementara dituduh di Mahkamah Majistret, di sini.

Menurut Kamaruddin, kanak-kanak malang itu dihantar menjalani pemeriksaan doktor dan hasil pemeriksaan mengesahkan ada kesan kemasukan pada kemaluan mangsa.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat,” katanya.

Guru bergelut lawan peragut

Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Tindakan berani seorang guru wanita berusia 51 tahun bergelut dengan dua penjenayah yang meragut beg tangannya membolehkan seorang daripada peragut terbabit ditahan, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa dari Kampung Wakaf Tengah, Mengabang Telipot, berjalan bersendirian menuju ke keretanya di Jalan Banggol di sini, kira-kira jam 2.45 petang.

Kemudian, beg yang digalas di bahu kiri mangsa diragut dua lelaki menaiki sebuah motosikal dari belakang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata tindakan wanita itu yang memegang kuat beg berkenaan menyebabkan seorang daripada peragut itu tersungkur dan terjatuh.

“Jeritan mangsa meminta pertolongan membolehkan orang ramai membantu menahan suspek. Suspek yang ditahan berusia 24 tahun berasal dari Kampung Pasir Tinggi, Marang manakala rakannya melarikan diri.

“Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu, kira-kira jam 3.45 petang. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, peragut itu turut lebam di muka akibat dibelasah orang ramai yang berang dengan tindakannya meragut beg mangsa.

Menurutnya, suspek yang bekerja sendiri memiliki dua rekod jenayah lampau dan kini direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Beliau memuji sikap orang ramai yang segera membantu mangsa hingga tertangkapnya suspek.

Peragut lembik kena belasah

KUALA TERENGGANU - Cubaan dua lelaki untuk meragut beg tangan seorang guru berusia 51 tahun berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka berjaya ditangkap dan dibelasah sampai lembik oleh orang awam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 2.45 petang itu, suspek berusia 24 tahun dari Kampung Pasir Tinggi, Marang dipukul hingga lembik meninggalkan kesan lebam dan bengkak pada bahagian badan serta muka di Jalan Bonggol dekat sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, suspek telah dibelasah orang awam sebelum dia diserahkan kepada polis.

"Semasa kejadian, mangsa sedang berjalan seorang diri di lorong belakang bangunan di sini untuk pergi ke tempat dia meletakkan keretanya.

"Tiba-tiba dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal dari arah belakang telah meragut beg tangan wanita tersebut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Manoharan, mangsa bertindak untuk tidak melepaskan beg tangannya itu daripada diragut dan insiden tarik menarik itu telah menyebabkan kedua-dua suspek terjatuh daripada motosikal mereka