Friday, May 29, 2009

Porn king caught with pants down

By R.S.N. MURALI
KUALA TERENGGANU: The main supplier of pornographic movies in Marang who goes by the nickname Mat Blue was caught red-handed downloading a Thai sex show.

Mat Blue, 36, was caught once in 2007 but was released when police did not have enough evidence to charge him.

However, on May 8 police got the goods on him. After observing his movements for some time, they barged into his cyber cafe and found him downloading the pornography.

Just as the police moved in, eight customers including three teenaged girls ran off.

Mat Blue’s 26-year-old assistant was also detained. Both were released on police bail.

The cops’ success came to light only on Monday when the state police announced it during a press conference.

It is understood that Mat Blue downloaded pornographic pictures and videos and copied them onto CD-Rs which he sold at RM8 each.

Mat Blue was also said to have been supplying pornography to the other cybercafes here and had a ready market among the teenagers in the Bukit Payong area.

Terengganu Commercial Crime chief Supt Azmi Adam said police only moved in when they were sure they had the evidence on Mat Blue.

“All this while we wanted hard evidence although we knew of his activities for a while. This time, he was caught downloading the porn,” he said.

Supt Azmi said cybercafe came under observation after police received numerous complaints from villagers that Mat Blue was eroding the moral values of teenagers.

He said police confiscated seven sex VCDs, two computers and other hardware during the raid,” he said.

Pasangan asyik memadu asmara diserbu penguat kuasa

Pasangan asyik memadu asmara diserbu penguat kuasa

KAMPUNG RAJA – Hasrat sepasang kekasih bermadu asmara dalam semak berhampiran Kem Seri Keluang dekat kawasan perkelahan Bukit Keluang, di sini tergendala apabila mereka diserbu anggota penguat kuasa syariah Pejabat Agama Daerah.

Pegawai Agama Daerah, Nik Zuhaiza Ismail berkata, ketika didatangi empat anggota penguat kuasa sekitar jam 3.10 petang itu, pasangan lelaki berumur 21 tahun yang beralamat di sebuah kampung di Jabi melarikan diri sambil menarik zip seluarnya yang terbuka.

Pasangannya, gadis berusia 19 tahun yang masih bersekolah di Tingkatan Enam dan tinggal di sebuah kampung di Kuala Besut pula, dalam keadaan butang baju terbuka dan seluar terlondeh turut cuba melarikan diri namun tidak berjaya.

“Lelaki berkenaan melarikan diri ke dalam kawasan institut perguruan yang terletak berhampiran dengan memanjat pagar, namun berjaya ditahan pengawal keselamatan in-stitut itu ketika dia bersembunyi di atas pokok,” katanya.

Kata Nik Zuhaiza, kedua-dua mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk diambil keterangan termasuk sebuah motosikal milik lelaki itu, sementara waris terdekat dipanggil untuk menjamin mereka.

Menurutnya, mereka mengaku melakukan seks oral di dalam semak.

Pasangan ini akan didakwa di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syarie Terengganu kerana berkhalwat dan akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Daerah.

Thursday, May 28, 2009

Pulau Perhentian dicemari

Oleh IRMAN HASHIM/
utusanterengganu@utusan.com.my


LONGGOKAN sampah yang dikumpulkan di atas pelantar sebelum dikutip oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. - utusan / Irman Hashim

BESUT 27 Mei - Pulau Perhentian merupakan salah satu 'syurga' pelancongan buat para penyelam menikmati keindahan alam di dasar laut negara ini.

Bagaimanapun, keindahan dasar laut semakin tercemar ekoran sistem pembuangan sampah yang dilaksanakan di pulau berkenaan.

Ini kerana proses pembuangan sampah tersebut melibatkan pengumpulan sampah di atas beberapa pelantar yang ditempatkan di laut sebelum dikutip oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengurus Projek Kesedaran Pemuliharaan Pulau (PIPA), Steven Lim (gambar) berkata, kutipan yang dilakukan adakalanya tidak tepat pada waktunya sehingga sampah bertimbun di atas pelantar tersebut.

''Apabila hujan atau laut bergelora, sampah tersebut akan jatuh ke dalam laut dan mencemari dasarnya.

''Bayangkan betapa banyak sampah akan masuk ke dalam laut jika ia tidak dikutip lebih daripada dua atau tiga hari," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, keadaan itu bukan sahaja mencemarkan keindahan alam semulajadi di Pulau Perhentian malah boleh menjadi ancaman pada hidupan laut.

Jelasnya, setiap kali beliau mengendalikan beberapa program membersihkan dasar laut anjuran pelbagai agensi dan syarikat swasta, kesan pencemaran sampah itu boleh dilihat.

''Selepas dianjurkan satu aktiviti pembersihan dasar laut, kita akan lihat sampah yang sama apabila aktiviti berkenaan diadakan sekali lagi.

''Sampah-sampah itu merupakan sampah yang ditempatkan di atas pelantar tersebut," ujarnya.

Justeru, Steven meminta PBT berkaitan mencari pendekatan baru untuk memastikan keadaan itu tidak berlarutan.

Seorang penyelam, Haris Awang, 40, ketika ditemui berkata, sampah sarap di dasar laut mencemar persekitaran yang indah di pulau berkenaan.

''Lebih buruk pelantar tersebut ditempatkan kira-kira 20 meter dari tempat orang ramai melakukan aktiviti snorkeling.

''Ini akan memberi gambaran buruk kepada pengunjung terutama pelancong asing," katanya.

Kesedaran jaga alam sekitar rendah

BESUT 27 Mei - Rakyat Terengganu masih tidak mempunyai kesedaran tinggi dalam menjaga dan memulihara alam sekitar.

Pengarah Jabatan Taman Laut Negeri Terengganu, Bahrinah Bahrim (gambar) berkata, keadaan itu boleh dilihat berdasarkan sambutan terhadap beberapa kempen kesedaran yang dilakukan oleh beberapa agensi kerajaan termasuk jabatan tersebut.

''Saya dimaklumkan beberapa kempen kesedaran tidak mendapat sambutan meluas daripada penduduk.

''Kempen-kempen tersebut hanya mendapat sambutan daripada orang yang sama sahaja," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, pihaknya juga mengeluarkan notis amaran kepada nelayan supaya tidak menggunakan bubu untuk menangkap ikan.

''Ini kerana penggunaan bubu mengancam hidupan laut kerana ia bukan sahaja menangkap ikan tetapi menyebabkan beberapa hidupan terancam seperti penyu terperangkap," ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan operasi untuk membanteras penggunaan bubu dalam tempoh terdekat ini.

''Kita akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang masih menggunakan bubu kerana jabatan sebelum ini telah pun memaklumkan mengenai pengharaman alat menangkap ikan itu," katanya.

Tuesday, May 26, 2009

Pantau aktiviti anak di kafe siber

KUALA TERENGGANU 25 Mei - Ibu bapa diminta memantau aktiviti anak di kafe siber ekoran penangkapan seorang pemilik kafe dipercayai membuat salinan dan menjual filem lucah kepada pengunjungnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Azmi Adam berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan dalam serbuan di kafe siber di Bukit Payong, Marang pada 6 Mei lalu.

Ekoran itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang merupakan pekerja kafe siber tersebut turut ditahan.

Menurut beliau, serbuan dilakukan selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam.

"Pemilik kafe itu ditahan membuat salinan filem lucah ke cakera padat di kafe siber berkenaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis merampas tujuh cakera keras mudah alih, beberapa peralatan komputer dan satu cakera padat dalam serbuan tersebut.

"Berdasarkan siasatan, pemilik kafe siber berkenaan menjual filem lucah kepada para pengunjung kafe tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja.

"Filem-filem lucah yang disalin ke cakera padat itu dijual dengan harga RM5 setiap satu," katanya.

Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 5 (1)(a) Akta Penapisan Filem 2002.

"Polis juga kini menjalankan siasatan ke atas kafe siber lain bagi membendung kegiatan jenayah tersebut," katanya.

Justeru, katanya, ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak mereka ke kafe siber bagi mengelak terjebak dalam kegiatan membeli filem lucah.

Monday, May 25, 2009

Tempat rehat Pantai Bari Kecil jadi ‘port’ asmara

Tempat rehat Pantai Bari Kecil jadi ‘port’ asmara

BARI KECIL – Tempat beristirahat di Pantai Bari Kecil di sini, yang dilengkapi dengan sebuah tempat rehat berbumbung dan tiga lagi tanpa bumbung, terbiar kerana tersorok walaupun landskap di sekelilingnya sangat menarik.

Lebih memeranjatkan, pada masa-masa tertentu, terdapat remaja yang datang berpasangan menjadikan tempat rehat itu sebagai lokasi melakukan adegan ‘ringan-ringan’.

Jelas sekali, kawasan tempat beristirahat yang terlindung dan terbiar itu menjadi lokasi ‘terbaik’ bagi remaja berkenaan untuk melakukan aktiviti tidak sihat tanpa diganggu mana-mana pihak.

Penduduk mendakwa, hasrat pihak berkuasa tempatan (PBT) membangunkan kawasan itu untuk menarik pengunjung tidak akan tercapai, kerana tiada jalan masuk selain jalan berpasir dan perlu berjalan kaki atau bermotosikal.

“Kegembiraan kami mempunyai kemudahan asas ini kini bertukar menjadi satu cerita sedih kerana tiada pengunjung singgah di sini. Sebaliknya tempat ini dijadikan lokasi remaja melepak dan berasmara,” kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Mengulas perkemba-ngan itu, Pengerusi Jawa-tankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mat Shaari Mat Abdul Ghawi, 47, berkata, kedudukannya yang jauh daripada penglihatan umum menjadi ‘rumah yang sempurna’ bagi aktiviti tidak bermoral golongan itu.

“PBT seharusnya membina jalan yang lebih baik bagi memudahkan orang ramai ke situ, seterusnya menyekat remaja terbabit daripada menjadikan tempat itu sebagai lokasi melepak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Katanya, bagi mengelakkan tempat beristirahat yang sentiasa menjadi pilihan penerbit iklan sebagai lokasi penggambaran itu disalahgunakan, PBT perlu segera membina jalan sejauh 300 meter untuk memudahkan orang ramai singgah.

Anak peneroka dicekup separuh bogel bersama kekasih

Anak peneroka dicekup separuh bogel bersama kekasih

DUNGUN – Terkejut, cemas dan sedih, begitulah keadaan seorang gadis yang ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam bilik air ketika cuba menyembunyikan diri setelah bilik penginapannya diserbu pihak berkuasa, di sini, awal pagi kelmarin.

Gadis sunti berusia 20 tahun yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di bandar Dungun itu dipercayai mendaftar masuk di hotel kira-kira jam 11.45 malam dengan tujuan melakukan hubungan seje-nis bersama pasangan.

Bagaimanapun, tindak-an sumbang bersama te-man lelakinya yang berasal dari Kampung Gemia itu berjaya dihidu pihak berkuasa lalu operasi khas dilancarkan.

Sebaik pintu diketuk anggota penguat kuasa, seorang remaja lelaki membuka pintu bilik mengaku tinggal seorang diri, namun anggota penguat kuasa yang sudah berpengalaman dengan taktik itu akhirnya berjaya menemui seorang gadis sedang bersembunyi dalam bilik air dengan keadaan separuh bogel.

Setelah disoal siasat, keduanya gagal menunjuk-kan sebarang bukti bahawa mereka adalah pasangan atau muhrim yang sah.

Gadis yang menyewa di Alor Tembesu bersama rakan itu mengaku menginap di hotel untuk memadu as-mara dengan kekasihnya.

Coli dan seluar dalam milik gadis lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia itu serta seluar dalam pasangannya dirampas Ang-gota Penguatkuasa sebagai bahan bukti proses per-bicaraan mahkamah nanti.

Anak peneroka di Felda Kerteh 5 itu turut mengaku telah dua kali berkunjung ke hotel terbabit bersama teman lelakinya, namun kali ini membawa padah.

Ketua Unit Penguatkuasa Syariah, Jabatan Agama Daerah Dungun, Yusuf Musa mengesahkan gadis itu, anak kelima daripada tujuh beradik; bersama pasangan, yang bekerja di sebuah sya-rikat kejuruteraan dekat Paka; menghadapi pertu-duhan mengikut seksyen 29, Enakmen Kesalalahan Jenayah Syariah Takzir Ne-geri Terengganu jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.