Thursday, December 24, 2009

Rumah kongsi ‘panas’ diserbu

KUALA TERENGGANU – Sebuah rumah kongsi yang terletak di tengah bandar raya ini bukan setakat menjadi tumpuan penagih dadah, sebaliknya ia turut ‘dikongsi’ pasangan tertentu bagi melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk maksiat.

Perkara itu terbongkar apabila rumah ‘panas’ yang terletak di Kampung Paya Bunga, belakang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, diserbu anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam Operasi Bersepadu Mencegah Maksiat, semalam.

Dalam serbuan yang turut disertai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Ramlan Ali serta Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim itu, dua pasangan bukan muhrim lingkungan umur 20-an hingga 40-an berjaya dicekup.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan Syariah Negeri Terengganu, Mohd Nor Mohd berkata, pasangan berkenaan ditangkap ketika sedang berdua-duaan di dalam bilik rumah kongsi itu yang menjadi antara lokasi ‘panas’ di bawah pemantauan JHEAT.

“Kami sentiasa mengadakan operasi bersepadu mencegah maksiat di sini dan sebelum Ramadan baru-baru ini, 10 orang telah ditangkap terlibat dengan dadah, selain sepasang yang berkhalwat dan juga seorang lelaki yang dikenakan waran tangkap pada 2008.-SinarHarian

No comments:

Post a Comment