Wednesday, July 15, 2009

95,000 warga emas tinggal sendirian

WAKAF CHAGAK - Jawa-tankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Wakaf Chagak merancang untuk melancarkan program Mes-ra Warga Emas khusus untuk menjaga kesejahteraan golongan itu di kampung berkenaan.

Perancangan itu dibuat selepas mengambil kira Bancian Penduduk dan Pe-rumahan dilakukan Jaba-tan Perangkaan Malaysia baru-baru ini yang mendedahkan lebih 95,000 warga emas di negara ini yang kebanyakannya tinggal di luar bandar hidup bersendirian.

Pengerusi KRT Wakaf Chagak, Mohamad Abdul-lah, 60, berkata, melalui program Mesra Warga Emas, golongan itu akan diberikan keutamaan untuk terus aktif dalam komuniti dan mendapat perhatian sewajarnya melalui Jiran Warga Emas.

Program itu, menurutnya dikelolakan secara bersama KRT Wakaf Chagak, Komuniti Bestari dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wakaf Chagak bertujuan memastikan golo-ngan itu diberikan perha-tian dengan lebih berkesan.

“Selain perangkaan itu, usaha ini juga sebagai meneruskan usaha UMNO Parlimen Setiu selepas mengambil inisiatif menganjurkan Liga Bola Sepak Veteran Piala Ahli Parlimen Setiu kepada warga emas dan akan berakhir pada 25 Julai ini.

“Usaha ini bukan sahaja dapat menggalakkan warga emas terus aktif walaupun sudah berusia tetapi mengelak golongan itu sering tinggal bersendirian,” katanya ketika ditemui semasa menyaksikan pertandingan Liga Bola Sepak Veteran di Wakaf Chagak.

No comments:

Post a Comment