Saturday, July 4, 2009

Wanita Mengadu Diraba Orang Kurang Upaya

July 02, 2009 18:55 PM

KUALA TERENGGANU, 2 Julai (Bernama) -- Tangan kirinya cacat, matanya juling dan dia juga tempang tetapi kecacatan lelaki ini bukan satu penghalang untuk dia mencabul kehormatan seorang wanita yang bersimpati dengan keadaannya.

Dalam kejadian di sebuah kedai kain di Bukit Payong pada 5 petang Ahad lepas, lelaki berusia dalam 40an itu, didakwa meraba wanita berusia 23 tahun itu walaupun selepas wanita itu memberikannya derma, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Supt K Manoharan.

"Lelaki itu membawa kad bukti dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai kecacatannya dan kerana bersimpati, wanita itu memberi derma RM5 dan sanggup pula duduk berhampirannya untuk bersembang," katanya di sini Khamis.

Manoharan berkata wanita itu membuat laporan polis keesokannya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment