Friday, March 20, 2009

Cubaan pensyarah buang dadah dalam mangkuk tandas gagal

KUALA TERENGGANU - Cubaan seorang pensyarah lelaki membuang dadah ke dalam mangkuk tandas bagi tujuan menghilangkan bukti tidak berhasil apabila dadah berkenaan tidak tenggelam, sebaliknya timbul kembali.

:Pensyarah yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kemaman itu bertindak demikian selepas terkejut dengan serbuan dilakukan sepasukan polis bahagian Narkotik di sebuah rumah di Bukit Kuang, Kemaman.

:Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan pensyarah berumur 35 tahun itu dan seorang lagi rakannya yang berkhidmat sebagai juruteknik di IPTA sama, bersama dengan dadah jenis syabu seberat hampir dua gram.

:Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, serbuan ke atas rumah di kawasan perumahan itu dilakukan melalui Operasi (Ops) Tapis yang dilancarkan di daerah berkenaan.

:“Ketika anggota polis menyerbu rumah, pensyarah yang tinggal di Kemaman itu dilihat terus berlari ke arah tandas dan membuang sesuatu dipercayai dadah ke dalam mangkuk tandas namun dadah itu timbul kembali.

:“Dengan penemuan dadah di dalam rumah sewa juruteknik berumur 25 tahun dan belum berkahwin itu, polis menahan kedua-dua suspek bersama dadah jenis syabu berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.

:Menurut Roslan, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, pensyarah yang mempunyai dua anak itu sering ke rumah juruteknik terbabit bagi tujuan melepaskan gian, malangnya perbuatan mereka berjaya dihidu polis.

:“Pensyarah yang tinggal berhampiran dengan rumah rakannya itu sudah lebih setahun mengambil dadah dan hasil ujian air kecing, kedua-dua lelaki terbabit disahkan positif menggunakan dadah.

:“Mereka ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan, jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga lima tahun,” katanya.

Pensyarah, juruteknik ditahan

Pensyarah, juruteknik ditahan

KUALA TERENGGANU 19 Mac – Seorang pensyarah dan seorang juruteknik sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kemaman ditahan dalam serbuan ‘Ops Tapis’ di sini Isnin lalu kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supritendan Roslan Abdul Wahid berkata, lelaki berusia 35 dan 25 tahun itu ditahan di rumah sewa juruteknik itu di Bukit Kuang di sini.

Menurutnya, sewaktu serbuan dibuat, pensyarah terbabit cuba membuang dadah jenis syabu ke dalam lubang tandas, namun ia timbul semula selepas dipam.

‘‘Syabu yang cuba dibuang oleh pensyarah itu dianggarkan seberat kira-kira dua gram,’’ katanya di sini hari ini. - Utusan

Tuesday, March 17, 2009

Polis Tumpas Sindiket Curi Kenderaan Di T'ganu




Lain-lain Pautan
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Laman Web Rasmi Negeri Pahang



Berita Timur

March 16, 2009 19:15 PM

Polis Tumpas Sindiket Curi Kenderaan Di T'ganu

KUALA TERENGGANU, 16 Mac (Bernama) -- Satu sindiket mencuri kenderaan tumpas apabila lima anggota kumpulan itu termasuk seorang wanita ditahan dalam operasi di dua daerah di Terengganu awal pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata polis turut merampas tujuh buah kereta dan sebuah motosikal.

"Kami membuat intipan terhadap kumpulan ini sejak dua minggu lepas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Hamzah berkata berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan polis yang diketuai C/Insp V.Saravanan membuat serbuan di sebuah rumah di jalan Rawai, Kampung Pasir Tinggi, Telemong, Hulu Terengganu.

Dalam serbuan pukul 1 pagi itu, beliau berkata polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita serta menemui beberapa peralatan dan alat ganti kereta.

"Kami turut merampas empat buah kereta termasuk tiga daripadanya dipercayai dicuri daripada kedua-dua suspek terbabit," katanya.

Beliau berkata susulan daripada tangkapan itu, sepasukan polis bersama tujuh anggota menahan tiga lagi lelaki di kawasan Ladang di sini, pada pukul 4.10 pagi.

Hamzah berkata hasil serbuan kedua itu, polis menemui dua daripada tiga buah kereta dan sebuah motosikal, yang dilapor hilang sebelum ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati anggota kumpulan itu yang berusia antara 19 dan 32 tahun, terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan sejak pertengahan 2008.

"Polis sedang mengesan semula antara 15 dan 20 buah kereta serta motosikal yang dicuri," katanya.



-- BERNAMA

Bekas Pengarah IKBN Mengaku Tidak Bersalah Perdaya KBS

Berita Timur

March 17, 2009 15:14 PM

Bekas Pengarah IKBN Mengaku Tidak Bersalah Perdaya KBS

KUALA TERENGGANU, 17 Mac (Bernama) -- Bekas Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai dekat Marang, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap pertuduhan memperdaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggunakan dokumen palsu pada Disember 2005.

Kamarozaman Hassan, 51, yang kini bertugas di kementerian berkenaan di Putrajaya, meminta kes tersebut dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu semasa bertugas di IKBN tersebut, dengan niat hendak memperdaya kementerian berkenaan dengan suatu dokumen iaitu pesanan kerajaan bernombor CKT B0280402, yang mengandungi pernyataan palsu.

Mengikut kertas pertuduhan, beliau yang berasal dari Wakaf Bharu, Pasir Mas, Kelantan telah memperdaya KBS dengan pesanan kerajaan berhubung kerja-kerja membaiki tandas tersumbat di asrama wanita dan lelaki di IKBN berkenaan sedangkan tiada kerja-kerja tersebut dilakukan.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan terbabit atau pun RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Mohd Azhar membenarkan Kamarozaman diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini sebagai tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Sophian Zakaria.

-- BERNAMA

Sunday, March 8, 2009

Enam Pengedar Dadah Ditahan Ketika Khayal Di Besut

March 07, 2009 16:50 PM

Enam Pengedar Dadah Ditahan Ketika Khayal Di Besut

BESUT, 7 Mac (Bernama) -- Enam lelaki yang dipercayai pengedar dadah ditahan ketika dalam keadaan khayal dalam satu serbuan bersepadu cegah jenayah dan maksiat yang dijalankan oleh polis bersama kakitangan Jabatan Agama Daerah Besut di sebuah bilik di hotel dekat sini awal pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut DSP Roslan Hassan berkata semasa serbuan dijalankan kira-kira 4 pagi oleh sepasukan anggota polis diketuai Cif Inspektor Mohd Ruzaimi Abdul Rahman dan kakitangan penguatkuasa agama itu, keenam-enam lelaki yang berumur antara 19 dan 30 tahun itu didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah.

"Apabila pemeriksaan dilakukan, polis menemui sejumlah 114 biji pil dipercayai pil kuda dan dua tiub straw dipercayai syabu disimpan dalam beg pinggang salah seorang daripada lelaki di dalam bilik tersebut," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Katanya kesemua lelaki yang berasal dari Bachok, Kelantan itu telah ditahan dan hasil pemeriksaan air kencing yang dijalankan ke atas mereka mendapati ksemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Salah seorang daripada suspek juga, katanya tidak mempunyai kad pengenalan.

Beliau berkata polis akan mendapatkan perintah tahanan reman untuk mereka esok dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya.

-- BERNAMA

Friday, March 6, 2009

Abuse leaves baby with broken legs

Abuse leaves baby with broken legs

2009/03/06

KUALA TERENGGANU: A 6-month-old baby girl is in hospital with broken legs and her mother, suspected of abusing her, is in hiding. On Feb 14, the 36-year-old woman brought the baby to the Sultanah Nur Zahirah hospital saying she had had fallen off the bed.

While the girl was being treated, the mother left the hospital.

A medical team then confirmed the child had been abused, and lodged a police report.

Police went to her home in Taman Seri Desa, Gong Badak, on Tuesday but were told the suspect, a second wife and mother of two, had been missing for days.

Police said the father was not involved in the abuse.- NST