Pensyarah, juruteknik ditahan
KUALA TERENGGANU 19 Mac – Seorang pensyarah dan seorang juruteknik sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kemaman ditahan dalam serbuan ‘Ops Tapis’ di sini Isnin lalu kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supritendan Roslan Abdul Wahid berkata, lelaki berusia 35 dan 25 tahun itu ditahan di rumah sewa juruteknik itu di Bukit Kuang di sini.
Menurutnya, sewaktu serbuan dibuat, pensyarah terbabit cuba membuang dadah jenis syabu ke dalam lubang tandas, namun ia timbul semula selepas dipam.
‘‘Syabu yang cuba dibuang oleh pensyarah itu dianggarkan seberat kira-kira dua gram,’’ katanya di sini hari ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment