Monday, March 2, 2009

Pemimpin Pas rugi RM250,000 kedai emas dipecah masuk

ARKIB : 02/03/2009
Pemimpin Pas rugi RM250,000 kedai emas dipecah masuk

TANAH MERAH 1 Mac - Seorang pemimpin Pas di sini mengalami kerugian kira-kira RM250,000 apabila kedai emas miliknya di bandar ini dipecah masuk oleh sekumpulan perompak malam semalam.

Mangsa Nik Muhammad Zawawi Salleh, 42, yang merupakan anggota Dewan Ulama Pas Tanah Merah berkata, ketika kejadian beliau berada di Perak.

Menurutnya, kejadian tersebut hanya disedari oleh adik iparnya, Saiful Che Hamid, 30, yang ingin membuka kedai pada pukul 9.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, polis percaya perompak itu memecahkan sebuah peti besi di dalam kedai terbabit sebelum melarikan barang kemas.

"Hasil siasatan mendapati perompak terbabit memasuki premis itu melalui pintu belakang selepas memotong jeriji besi.

"Polis percaya ia dilakukan oleh sekumpulan perompak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, polis setakat ini tidak dapat mengenal pasti perompak terbabit kerana premis terbabit tidak memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.

Sementara itu, Nik Muhammad berkata, beliau bernasib baik kerana perompak mengambil barang kemas yang di simpan di dalam peti besi kecil sahaja.

Katanya, masih terdapat beberapa peti besi lain di dalam premisnya itu.

No comments:

Post a Comment