CHUKAI - Kegawatan ekonomi kini memberi kesan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk bertahan, dan langkah proaktif turut dimainkan pelbagai pihak bagi memberi bantuan sewajarnya kepada mereka.
Menurut Pengerusi Ja-watankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Terengganu, Datuk Mohamed Awang Tera, beliau tidak menafikan, ada usahawan kecil terjejas teruk akibat faktor itu, dan Yayasan Pemba-ngunan Usahawan (YPU) sedang membuat kajian untuk memastikan mereka kekal bersaing dalam industri perniagaan IKS.
“Lebih 1,000 usahawan IKS di negeri ini terjejas teruk akibat faktor ekonomi semasa. Di bawah YPU, kerajaan negeri memberi suntikan bantuan bernilai RM1.6 juta khusus untuk membantu golongan berkenaan,” katanya ketika sidang media semalam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karni-val Jualan Mega 2009 anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) di padang astaka, Chukai yang turut dihadiri lebih 200 yang lain.
Menurutnya, agensi seperti Mara turut aktif memberikan pinjaman kepada usahawan IKS berkelayakan, dan rekod tiga tahun berturut-turut mencatatkan, seramai 33,000 usahawan IKS diberi bantuan sewajarnya.
“Apa yang penting, golongan ini perlu mempunyai daya tahan dan berdaya saing untuk menembusi pasaran baru. Budaya inovatif perlu ada dalam diri mereka untuk memperbaiki potensi sedia ada,” katanya.
Menurutnya, menerusi karnival itu, usahawan mampu menonjolkan produk mereka dan diketengahkan hingga ke pasaran luar.
“Melalui jualan terus kepada pengguna, golongan ini mampu meneroka pasaran baru.
"Langkah yang dimainkan Mara tepat pada masanya dan membantu semua golongan disasarkan,” katanya.
Katanya, Kemaman adalah destinasi pertama karnival itu dalam program ‘Road Show’ Mara di negeri ini dan julung kali diadakan di Pantai Timur.
“Selepas ini karnival ini akan diteruskan di Kuala Terengganu, Hulu Tereng-ganu dan Dungun.
“Sebanyak 35 tapak gerai jualan dibuka melibatkan seramai 65 peserta dari negeri ini dan negeri luar,” katanya.
Menurutnya, karnival berkenaan diadakan selama lima hari bermula 7 hingga 11 Mei ini, dari awal pagi hingga lewat malam.
“Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti pertandingan mewarna, Bakat Mara Idol, demonstrasi produk, pertandingan gubahan dan mencanting batik,” katanya. Sinar 080509
Saturday, May 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment