Friday, May 29, 2009

Pasangan asyik memadu asmara diserbu penguat kuasa

Pasangan asyik memadu asmara diserbu penguat kuasa

KAMPUNG RAJA – Hasrat sepasang kekasih bermadu asmara dalam semak berhampiran Kem Seri Keluang dekat kawasan perkelahan Bukit Keluang, di sini tergendala apabila mereka diserbu anggota penguat kuasa syariah Pejabat Agama Daerah.

Pegawai Agama Daerah, Nik Zuhaiza Ismail berkata, ketika didatangi empat anggota penguat kuasa sekitar jam 3.10 petang itu, pasangan lelaki berumur 21 tahun yang beralamat di sebuah kampung di Jabi melarikan diri sambil menarik zip seluarnya yang terbuka.

Pasangannya, gadis berusia 19 tahun yang masih bersekolah di Tingkatan Enam dan tinggal di sebuah kampung di Kuala Besut pula, dalam keadaan butang baju terbuka dan seluar terlondeh turut cuba melarikan diri namun tidak berjaya.

“Lelaki berkenaan melarikan diri ke dalam kawasan institut perguruan yang terletak berhampiran dengan memanjat pagar, namun berjaya ditahan pengawal keselamatan in-stitut itu ketika dia bersembunyi di atas pokok,” katanya.

Kata Nik Zuhaiza, kedua-dua mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk diambil keterangan termasuk sebuah motosikal milik lelaki itu, sementara waris terdekat dipanggil untuk menjamin mereka.

Menurutnya, mereka mengaku melakukan seks oral di dalam semak.

Pasangan ini akan didakwa di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syarie Terengganu kerana berkhalwat dan akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Daerah.

No comments:

Post a Comment