KUALA TERENGGANU - Orang ramai di bandar raya ini kesal dengan tindakan penyanyi dikir barat remaja, Nor Maziah Maznah Mazlan, 16, atau Erma Cili Padi memakai baju menggunakan lambang salib seperti mana disiarkan dalam ruangan Seni@ Terengganu, akhbar Sinar Harian, kelmarin.
Orang ramai beranggapan segelintir golongan remaja Islam pada hari ini terlalu bebas dalam memilih pakaian sehingga sanggup membelakangkan perkara yang boleh mencetuskan sensitiviti agama dan adab kesopanan.
Seorang kakitangan kerajaan, Ahmad Zamri Sulung, 50, berkata, remaja hari ini dilihat terlalu memandang remeh soal pemakaian terutama dari segi pemilihan.
“Saya lihat segelintir remaja kita pada hari ini lebih mementingkan pakaian yang glamor dan ‘up to date’ semata-mata ingin mengikut perkembangan fesyen masa kini. Mereka langsung tidak memikirkan kesan daripada sikap itu.
“Selain itu, pengetahuan agama yang terlalu cetek menyebabkan remaja hari ini terpesong. Mereka tidak tahu menilai yang mana baik dan buruk. Apa yang penting bagi mereka adalah cantik dan bergaya.
“Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menghadapi permasalahan sebegini. Mereka seharusnya tidak terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak dalam soal pemilihan pakaian kerana ia menyebabkan ramai anak-anak kita terpesong bukan hanya dari segi akhlak malah akidah,” katanya kepada Sinar Harian.
Pegawai kerajaan, Norma Md Nor, 46, berkata, remaja terutama mereka yang beragama Islam seharusnya memakai pakaian mengikut etika pemakaian yang melambangkan seorang Muslim dan penuh dengan adat ketimuran.
“Segelintir remaja hari ini terutama mereka yang terlibat dalam bidang seni seperti penyanyi dan pelakon lebih gemar memilih pakaian yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Sebenarnya tidak salah untuk memakai pakaian yang agak glamor cuma biarlah ia beradab dan sopan supaya menampakkan ciri-ciri anak timur.
“Saya lihat remaja kita terlalu mudah membuat keputusan memilih pakaian. Mereka tidak meneliti jenis pakaian yang dibeli dan gambar yang ada pada pakaian tersebut menyebabkan ada yang ‘terpakai’ pakaian yang menyentuh sensitiviti agama. Mungkin mereka tidak perasaan dengan semua itu tetapi seharusnya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengambil mudah dalam hal sebegini kerana ia melibatkan isu agama dan akidah individu,” katanya.
Sementara itu, Presiden Gabungan Generasi Melayu Terengganu, Husin Mohd Noor, 43, berkata, faktor pergaulan bebas golongan remaja pada hari ini menyebabkan mereka mudah terdedah dengan anasir tidak sihat terutama dari aspek pemakaian.
Thursday, May 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment