Saturday, May 16, 2009

Tindakan sumbang gadis IPT dihidu

Tindakan sumbang gadis IPT dihidu

SURA - Seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) nyaris dicekup pihak berkuasa, gara-gara menyewa sebuah bilik hotel bersama teman lelakinya dekat sini, tengah malam kelmarin.

Gadis berkenaan, penuntut diploma Jurusan Kejuruteraan dikatakan menyewa bilik hotel di tepi pantai itu atas nama teman lelakinya, kononnya untuk tujuan mengulang kaji pelajaran.

Bagaimanapun tindakan gadis berasal dari Ketereh, Kelantan membawa masuk teman lelaki ke bilik penginapannya itu telah menimbulkan syak wasangka, sehingga sepasukan anggota penguat kuasa syariah dipanggil untuk melakukan pemeriksaan.

Difahamkan, sebaik anggota penguat kuasa berkenaan tiba untuk melakukan pemeriksaan, teman lelakinya yang merupakan rakan sekolejnya, dapat menghidu serbuan tersebut, lalu bertindak lebih awal meninggalkan bilik penginapannya.

Setelah disoal siasat, penuntut IPT berusia 21 tahun itu akhirnya membuat pengakuan dia bersama teman lelakinya telah mendaftar masuk di bilik penginapan berharga RM80 itu beberapa jam sebelum serbuan dilakukan.

Berdasarkan kepada beberapa barang milik peribadi yang ditemui semasa pemeriksaan dilakukan, dia mungkin bercadang untuk bermalam di situ dan berkemungkinan bakal ditemani teman lelakinya, namun kehadiran pihak berkuasa menyebabkan rancangan sulitnya terpaksa dibatalkan.

Pelajar semester lima itu yang tinggal di rumah sewa berdekatan tempat penga-jiannya bagaimanapun menafikan perkara itu, sehingga kakitangan pusat pengajian berkenaan dipanggil untuk menyelesaikan kemelut dihadapi.

Difahamkan, pasukan penguat kuasa syariah Dungun itu telah menyerahkan kes berkenaan kepada pihak pengurusan IPT terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Pe-nguat kuasa Syariah, Jaba-tan Agama Dungun, Yusof Musa yang turut mengetuai serbuan itu, ketika ditemui, mengesahkan kes terbabit.

No comments:

Post a Comment