Thursday, May 14, 2009

Warga emas cabul isteri orang ditahan

Warga emas cabul isteri orang ditahan

SERDANG - Seorang lelaki warga emas yang disyaki terlibat dengan satu kes mencabul kehormatan seorang wanita yang masih isteri orang, ditahan polis di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, warga emas terbabit yang juga seorang operator sebuah loji air ditahan di rumahnya sekitar jam 1 pagi oleh sepasukan polis dari Cawangan Siasatan Jenayah selepas menerima laporan daripada mangsa berkaitan kejadian terbabit.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika suspek berkunjung ke rumah mangsa di kampung Molek, pertengahan April lalu atas urusan permohonan mendapatkan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),

“Bagaimanapun, ketika suami mangsa keluar membuat salinan kad pengenalan bagi urusan berkenaan, suspek yang pada awalnya ingin menunjukkan petua mencantikkan diri kepada mangsa bertindak meraba beberapa bahagian sulit termasuk payudaranya,” katanya.

Menurut Ismail, mangsa kemudiannya bertindak melaporkannya kepada pihak polis.

“Sebaik menerima laporan daripada mangsa, kami terus menangkap suspek di rumahnya di Kampung Serdang.

“Suspek yang berusia 50-an itu, kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat,” katanya.

No comments:

Post a Comment