Tuesday, May 5, 2009

Isteri dihantuk, anak diterajang

DUNGUN – Seorang wanita bersama enam anak terpak-sa hidup menderita, akibat didera berulang kali dari segi mental dan fizikal oleh lelaki yang selama ini men-jadi tempat bergantung.

Kejadian berlaku gara-gara sikap panas baran lelaki yang bekerja sebagai penoreh getah dan merupakan suami kepada wanita berkenaan yang sanggup menjadikan isteri serta anak-anak yang tidak berdosa sebagai sasaran tempat melepaskan geram.

Tindakan di luar batas kemanusiaan ke atas zuriatnya sendiri dipercayai berlaku setiap kali dia berhadapan krisis rumah tangga dengan isterinya.

Menurut anak sulung lelaki berkenaan, Nurhidayatul Husna, 14, dia bersama ibu dan adik-adiknya sentiasa berhadapan situasi cemas dan melalui keadaan amat memeritkan apabila setiap kali dipukul bapa.

“Sudah lama kami diperlakukan seperti haiwan, setiap kali bapa bergaduh dengan ibu, kami yang menjadi mangsa kerana ayah bertindak di luar batas kemanusiaan.

“Setiap kali ayah marah, adik-adik saya dipukul tanpa rasa belas kasihan. Apabila ibu menghalang, ibu kami pula dipukul, kepalanya dihantuk ke dinding dan disepak beberapa kali.

“Sekiranya kami cuba menghalang, kami pula menjadi mangsa sepak terajang ayah, malah dipukul lebih teruk lagi,” kata Nurhidayatul yang masih trauma dengan kejadian itu.

Menurutnya, adik bongsunya yang baru berusia lima tahun, Mohd Nur Amirullah dan seorang lagi adiknya, Mohd Nor Naimullah, 10, turut menjadi mangsa keganasan bapanya.

“Mohd Nor Amrullah pa-ling teruk dipukul ayah. Dia yang paling banyak menga-lami kecederaan, kesannya jelas di beberapa anggota badan,” katanya yang dite-mui di Balai Polis Dungun selepas menemani ibunya membuat laporan polis.

Mohd Nor Naimullah,10, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Padang Pulut yang paling teruk menerima seksaan bapanya berkata, kali terakhir dia dipukul bapanya ketika dia sedang menikmati makan malam di rumahnya, malam kelmarin.

“Ketika sedang makan, berlaku sedikit pertelingkahan antara ibu dan ayah. Tanpa bercakap panjang ayah terus mengamuk lalu memukul ibu. Tidak cukup dengan itu, ayah memukul adik beradik yang lain.

“Saya yang paling teruk dipukul sehingga mengalami kecederaan, tangan dan kaki saya sakit kerana dipukul dengan penyangkut baju. Adik saya, Mohd Khaimullah, 8, turut dipukul ayah di bahagian tapak tangan.

“Kami hanya mampu menahan kesakitan, takut untuk bersuara kerana mungkin kami akan dipukul lebih teruk,” katanya yang kelihatan sedih dengan kejadian menimpa adik beradiknya. - Sinar

No comments:

Post a Comment