Pengurus Besar YPU, Azmi Razik berkata, ‘night market’ itu dibuka bermula jam 8 malam sehingga 4 pagi setiap hari kecuali Isnin di kawasan tempat letak kereta di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) bertujuan memeriahkan kembali Terengganu yang sebelum ini dilihat suram dan sunyi.
Menurutnya, barangan yang dijual di pasar malam berkenaan adalah produk kering seperti barangan keperluan asas.
“Saya percaya, usaha yang dilakukan ini turut memberi peluang kepada pelancong membeli barangan dengan harga murah.
“Pasar malam ini mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan insya-Allah, dengan adanya ‘night market’ ini, saya percaya, ia juga dapat mengatasi masalah sosial dalam kalangan belia di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurut Azmi, setakat ini, seramai 53 pengusaha terbabit menjual barangan mereka di pasar malam berkenaan dan segala kemudahan seperti kanopi serta gerai disediakan.
“Pelbagai usaha dilakukan untuk melahirkan lebih ramai usahawan di negeri ini dan kami menyasarkan seramai 4,000 usahawan dapat dilahirkan dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai langkah untuk memastikan sasaran ini tercapai, YPU juga akan membuka ‘night market’ di seluruh negeri ini kerana saya percaya, dengan adanya program seumpama ini, dapat membantu menjana ekonomi Terengganu, selain memberi pendapatan kepada usahawan,” katanya. Sinar 080509
No comments:
Post a Comment