Sunday, May 3, 2009

Kedai Pasar Payang dipecah masuk

Kedai Pasar Payang dipecah masuk

salah seorang peniaga di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu, Che Wan Kalsom Che Wan Taib menunjukkan besi pintu kedai yang dipotong pencuri untuk tujuan memecah masuk kedai itu, semalam.

KUALA TERENGGANU 2 Mei - Dua buah kedai menjual songket dan tudung di Pasar Besar Payang di sini semalam dipecah masuk menyebabkan kerugian kira-kira RM3,000.

Salah seorang pemilik kedai itu, Nurul Nadia Che Taib, (gambar) 26, berkata, dia bersama pekerjanya datang membuka kedai berkenaan kira-kira pukul 8.45 pagi ini selepas menutup kedai pukul 2.30 petang semalam.

''Apabila tiba di depan kedai, saya mendapati pintu besi telah dicungkil.

''Selepas memeriksa kedai, kira-kira 20 pasang kain sutera dan wang tunai berjumlah RM200 yang disimpan di dalam almari hilang," katanya ketika ditemui di sini.

Nurul Nadia berkata, dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini kira-kira pukul 10 pagi.

''Ini merupakan kali pertama kedai saya dipecah masuk namun sebelum ini kedai-kedai lain telah pun berlaku kejadian yang sama.

''Saya difahamkan dalam bulan ini sahaja kira-kira 10 kedai di sini sudah kena pecah masuk," katanya.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Mat berusia 40-an memberitahu, dia kerugian kira-kira RM1,000 akibat kejadian itu.

''Mereka mengambil kira-kira 60 kain tudung yang digantung dan diletakkan di sekeliling kedai," katanya.

JOHOR BAHRU 2 Mei - Hidup berjauhan daripada keluarga membuat Raja Ahsura Raja Ali bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh.

Berkat usaha gigihnya, pelajar berusia 21 tahun itu dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Graduan Cemerlang pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Johor Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Ke-5 di sini hari ini.

Majlis konvokesyen itu mengumpulkan graduan dari Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Segamat, Kolej Komuniti Segamat 2 dan Kolej Komuniti Bandar Penawar.

Raja Ahsura, yang menamatkan pengajian dua tahun dalam Sijil Perakaunan Perniagaan dari Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kota Tinggi itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.74.

"Dulu masa sekolah saya malas belajar dan sering dimarah oleh emak. Alhamdulillah, ternyata kemarahan dan leteran emak membawa kejayaan pada saya," katanya.

Katanya, walaupun keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang baik ia tidak mematah semangatnya untuk menebus kekecewaan itu.

Tambah anak kepada pegawai bomba itu, kejayaan adik keduanya yang berjaya memasuki matrikulasi memberinya semangat untuk berjaya.

"Selain adik sebagai pembakar semangat, saya ingin buktikan kepada guru-guru bahawa saya boleh berjaya dengan berusaha bersungguh-sungguh," kata anak sulung daripada tiga beradik itu.

Seorang lagi penerima anugerah dari kolej dan kursus sama, Fatin Nurainina Kamal, 21, memperoleh CPGA 3.95 berkata, selepas SPM dia bekerja dahulu sebagai juruwang di stesen minyak.

"Ketika itu keluarga ada masalah, namun emak dorong saya agar sambung belajar dengan segala perbelanjaan ditanggungnya," katanya yang berhasrat untuk membantu perniagaan tradisional yang diuruskan keluarganya.

Bagi Razidah Abdol Razak, 23, dari Kolej Komuniti Pasir Gudang, juga mengambil kursus sama berkata, melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti dianggap peluang kedua untuk berjaya dalam pelajaran.
-Utusan
"Keputusan SPM tidak begitu baik, jadi kerja dahulu sebagai kerani dan pada masa sama cuba mengintai peluang menyambung pelajaran.

"Apabila diterima masuk ke Kolej Komuniti, saya nekad belajar bersungguh-sungguh dan hasilnya mendapat CGPA 3.91," katanya yang kini sudah bekerja sebagai setiausaha projek di sebuah syarikat minyak dan gas di Pasir Gudang.

No comments:

Post a Comment