Bagaimanapun remaja berasal dari Kampung Balai Besar yang bekerja di sebuah gerai ikan di Pasar Dungun itu, hanya menyedari identiti anggota penguat kuasa berpakaian preman tersebut setelah lelaki terbabit memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis, dan ingin menahannya atas kesalahan jenayah dadah lalu mengeluarkan gari untuk memberkasnya.
Ketua Polis Daerah, Su-perintendan Dahlan Mohd Noor berkata, suspek yang pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan dadah itu dikehendaki polis mengikut Langkah-langkah Pence-gahan Khas kerana dipercayai terbabit semula dalam penyalahgunaan dadah.
Dahlan berkata, selain remaja berusia 20-an itu, 14 lagi turut ditahan melalui operasi pembersihan yang dilancarkan pihaknya.
“Daripada 14 diberkas, seorang daripadanya ditahan di Felda Kerteh 4 mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dipercayai memiliki dua tiub serbuk putih disyaki dadah.
“Sementara 13 yang lain, setelah menjalani ujian air kencing didapati positif dadah dan ditahan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Menurut Dahlan, kesemua suspek yang ditahan adalah hasil operasi yang dilancarkan pihaknya dari jam 6 pagi hingga 5 petang melibatkan anggota Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik, dengan kerjasama anggota Balai Polis Ketengah Jaya di beberapa lokasi sekitar kawasan Tanah Rancangan Felda.
“Kepada pengedar dan penagih yang masih bebas, hentikanlah perbuatan terkutuk yang menyalahi undang-undang ini sebelum kami bertindak,” katanya. -Sinar
No comments:
Post a Comment