Tempat rehat Pantai Bari Kecil jadi ‘port’ asmara
BARI KECIL – Tempat beristirahat di Pantai Bari Kecil di sini, yang dilengkapi dengan sebuah tempat rehat berbumbung dan tiga lagi tanpa bumbung, terbiar kerana tersorok walaupun landskap di sekelilingnya sangat menarik.
Lebih memeranjatkan, pada masa-masa tertentu, terdapat remaja yang datang berpasangan menjadikan tempat rehat itu sebagai lokasi melakukan adegan ‘ringan-ringan’.
Jelas sekali, kawasan tempat beristirahat yang terlindung dan terbiar itu menjadi lokasi ‘terbaik’ bagi remaja berkenaan untuk melakukan aktiviti tidak sihat tanpa diganggu mana-mana pihak.
Penduduk mendakwa, hasrat pihak berkuasa tempatan (PBT) membangunkan kawasan itu untuk menarik pengunjung tidak akan tercapai, kerana tiada jalan masuk selain jalan berpasir dan perlu berjalan kaki atau bermotosikal.
“Kegembiraan kami mempunyai kemudahan asas ini kini bertukar menjadi satu cerita sedih kerana tiada pengunjung singgah di sini. Sebaliknya tempat ini dijadikan lokasi remaja melepak dan berasmara,” kata seorang penduduk yang enggan dikenali.
Mengulas perkemba-ngan itu, Pengerusi Jawa-tankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mat Shaari Mat Abdul Ghawi, 47, berkata, kedudukannya yang jauh daripada penglihatan umum menjadi ‘rumah yang sempurna’ bagi aktiviti tidak bermoral golongan itu.
“PBT seharusnya membina jalan yang lebih baik bagi memudahkan orang ramai ke situ, seterusnya menyekat remaja terbabit daripada menjadikan tempat itu sebagai lokasi melepak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Katanya, bagi mengelakkan tempat beristirahat yang sentiasa menjadi pilihan penerbit iklan sebagai lokasi penggambaran itu disalahgunakan, PBT perlu segera membina jalan sejauh 300 meter untuk memudahkan orang ramai singgah.
Monday, May 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment